Loading...

Ahad, 3 April 2011

Carta IKIM - Musim 4 : minggu ke-107

Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh



Kedudukan Minggu Ke-107 :


1. Aidil (ft Hafiz Hamidun) - Ku Yakin Berlaku,7.2(177)
(03,01,04)(+3)(11,2x)(2,6-9,11)



2. Aidil - Cuba,1.1(166)
(04,01,08)(+4)(21,1x)(7,9-11)

3. Aiman - Cinta Terakhir,4.1(172)
(09,03,10)(+7)(16,1x)(-)

4. Fitri Haris - Suara Azan,5.1(175)
(04,02,10)(+4)(13,1x)(-)

5. Aisyah - Anak,1(187)
(03,03,09)(+4)(03,2x)(-)

6. Us. Mohd Erfino Johari - Menjejak Bahagia,1(188)
(09,03,09)(-3)(04,1x)(-)

7. Fursan - Keinsafan Diri,1(184)
(10,07,10)(+-)(04,4x)(-)

8. Now See Heart - Kerana Doa,3.1(170)
(04,02,10)(-6)(17,1x)(-)

9. Instinct - Seindah Bicara,1(189)
(05,05,09)(-4)(02,2x)(-)

10. Saujana - Pahlawan Gaza,1(183)
(06,01,10)(-9)(05,3x)(4)



Pencalonan :

Aiman - Menanti Solehah,9.2(190)(4x)
Soufies - Ayah,10.1(191)(3x)
Firdaus (ft. Noh & Shiela) - Ku Bersaksi,1(192)(3x)
R-iF - Insan Terulung,3(193)(3x)
Aurah* - Pesan,1(194)(2x)



"Kejutan Terbesar" itulah perkataan yang dapat menggambarkan permulaan kedudukan carta pada minggu ini apabila lagu yang menjadi juara pada minggu lalu tersungkur ke tangga tercorot carta iaitu Pahlawan Gaza daripada Saujana. Tidak kurang drastiknya, naib juara minggu lalu, Kerana Doa (NowSeeHeart) turut mengalami penurunan mendadak ke tangga ke-8, manakala lagu Menjejak Bahagia (Us. Mohd Erfino Johari) yang mendapat tempat ke-3 pada minggu lalu juga jatuh 3 anak tangga ke tempat ke-6. Selain itu, lagu Seindah Bicara (instinct) yang turut menjadi top 5 pada minggu lalu juga jatuh ke tangga ke-9.


Menariknya, meskipun banyak lagu-lagu yang mengalami penurunan secara mendadak, namun ianya bukan disebabkan oleh kemasukan lagu baharu ke dalam carta, tetapi ia diseimbangkan oleh peningkatan yang mendadak juga daripada lagu-lagu yang berada di tempat-tempat paling bawah minggu lalu. Misalnya lagu Anak (Aisyah) dan Suara Azan (Fitri Haris) masing-masing naik 4 anak tangga ke kedudukan ke-5 dan 4. Lebih drastik, lagu yang menduduki tangga tercorot pada minggu lalu iaitu Cinta Terakhir (Aiman) melonjak ke tempat ke-3.


Pengaruh kumpulan Aidil kembali menyerlah pada minggu ini seperti minggu-minggu sebelum minggu lepas apabila kedua-dua lagu mereka iaitu Ku Yakin Berlaku (feat. Hafiz Hamidun) dan Cuba kembali membentuk kubu juara dan naib juara Carta IKIM. Tahniah buat mereka yang bakal tampil dengan album penuh tidak lama lagi. Hanya lagu Keinsafan Diri (Fursan) sahaja kalis daripada "angin perubahan" pada minggu ini dengan mengekalkan kedudukannya di tempat ke-7.



*Untuk mengetahui maksud di sebalik nombor yang mengiringi setiap lagu di dalam kedudukan Carta IKIM, klik di [sini].



* P/S: Malam semalam dan malam tadi (1 & 2 April 2011), berlangsung perlawanan kelapan Liga Malaysia. Anda boleh klik pada link berikut untuk mengetahui keputusan dan kedudukan semasa :
Carta Liga Perdana.



Ranking Alexa : 578 618
Ranking Malaysia : 7 428



Sekian,
Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan